Friday, November 16, 2012

AKu DAN ReSpIRaSI

UPDATE



Isi tiada kena mengena dengan tajuk. Harap maklum..

Aku dah pernah tulis perkara-perkara yang aku benci gila-gila bila orang sekeliling aku buat.. rujuk sini. Kali ni aku nak huraikan point ke-sepuluh.. kebencian aku yang semakin bertambah-tambah dengan sikap kebanyakan staf-staf dalam badan-badan kerajaan ne. Hari aku akan terasa sangat-sangat malang bila harus berurusan secara lansung dengan mereka yang tersebut di atas. Ne pengalaman aku, bukan orang lain dan benda ne merangkumi kawasan aku, kalau tempat korang tak sama, ada aku kesah! Jadi jangan nak tunjuk pandai bantah pe aku tulis. Intro dah panjang gila!!

First, Staf-staf di JPJ.. Aku dalam seminggu sekali kot pergi sana, kalau tak renew roadtax, renew driving license, postpone inspection date, paying summons tak pun collect yellow card.. dia orang ne amalkan prinsip 5p tau, jangan main-main.. pergi mampos korang punya 5P!! Pakcik yang tak tau isi borang  minta tolong boleh pulak cakap, “pakcik.. ne bukan bidang kerja kami.. pakcik try minta tolong ngan sesapa la erk” .. stay la dengan had kerja ko.. habis bidang kerja aku la konon nak tolong,. Ne soal kemanusiaan la bodoh bukan bidang kerja..  Belum jumpa tuan zack( bukan nama sebenar) Apa kes aku panggil ko tuan, ko duk kaunter jerk pun.. Berlagak nak mampos.. Punyala ramai orang dok menunggu terutama isnin n jumaat, bukak dua jer kaunter, dah tu lembap macam siput wat keja.. eh ingat sibuk pasaipa, rupanya berFB, twitter, ker msj GF, hp tak pernah lepas!.. hahaha.. Staf punya ramai, dok citer belakang gossip dato K nak kawin lagi.. Tuii.. itu rupanya bidang kerja kamu.. ok faham2..

Next, BPP.. ne lagi lawak.. Start 9.30 pagi aku kol. Operator.. 10.00 operator lagi, 10.30.. Haih aku dah hafal dah operator tu cakap apa.. “terima-kasih kerana menghubungi bahagian pinjaman perumahan. (sama-sama dear)  sila ambil maklum perbualan anda akan dirakam (rakamlah tak kisah) bagi tujuan latihan dan penambah-baikan berterusan (sampai sekarang tak baik-baik pun, apa kes!). Bla.. Bla.. Bla..” Dia orang ne start kerja jam berapa? Lepak kantin la tu.. Semua ada emergency kes kot , aku cuba bersangka baik.
Kol, punya kol.. tembus talian.. “pagi” saya nak tanya.. bla..bla.. bla..nice kan aku? Eh boleh kol direct line terus ke Pn Milah ( bukan nama sebenar) nombor sambungan 1234, “err…” Talian putus. Aku tak give-up macam mana kerja nak siap kalo tak dapat kol lagi.. Dail balik.. ntah berapa kali operator kot baru talian bersambung.. “Pn.. Sila check Website kami di.. bla..bla..bla..” putus lagi.. Cilaka! Aku dah check la sial, korang ada update ka tidak?.. Banyak kes buyers dah trima surat approval ko blum update masih state tiada dalam rekod. Ko suh aku refer itu?? Kalo dapat sambung talian pun dia orang cakap dengan budi bahasa yang tinggi dan mengagumkan aku.. wow! Tuii! Belum lagi kes hilang doc sebab terlalu lama dalam bilik fail. Sistem apa yang korang pakai ne? Dah tu, boleh pulak kirim document penting even payment (dalam bentuk Cheque) guna pos biasa?.. Kalo kes-kes tercicir, memang nasib ko malang la kene buat balik dari awal proses yang remeh lagi melecehkan. Ya Allah berikanlah kesabaran yang tinggi kepada hambamu ini..amin.

Then JPN, mungkin aku tak banyak sangat berurusan dengan staff jabatan ne,. Tapi ada la jugak aku hangin 4-5 kali sebab perangai hampeh dia orang.. Tapi tu citer lama.. Just forget about it.. Lagipun sekarang dah banyak improvement dari segi customer service tapi masih kurang mesra dan agak dingin, senyum pun jarang-jarang .. bolehlah, berkurang jugak aku mencarut bukan-bukan..

Lagi SSM, Company aku kerja ne banyak anak syarikat dia,. Biarpun tak active, selagi co. tu belum close secara rasmi, kena hantar annual return (ROC) kat jabatan ne setahun sekali, sepatutnya benda ne secretary yang buat.. tapi mungkin sebab aku serba boleh (riak) so aku incharge benda ne gak.. biasa aku hantar report tu ikut format semasa, tapi ntah dia orang ne suka gubal peraturan baru ..system haramjadah.., selalu return balik suh wat correction n reply dalam 14 hari dari tarikh surat... 4 - 5 hari baru hantar sampai tempat aku dalam 7 hari lewat la dari tarikh surat.. bayangkan element stress yang dia orang terapkan dalam kes ne.. Aku de tempoh seminggu untuk pastikan doc betul-betul sampai dengan staff sana. Dalam sepuluh co. aku kena wat n hantar berkali-kali sebab asyik tukar format.. Aku pernah kol tanya kenapa  asyik tukar format, jawapan hampeh yang diberikan hampir-hampir mencetuskan peperangan, sebab taknak belakang hari ada masalah, aku mengalah la.. Haish!

Ada banyak lagi peristiwa hitam aku dengan staff2 di bawah agensi-agensi kerajaan ne macam KWSP, PERKESO, LHDN, IMEGRESEN, dan yang lain dah tak ingat. Kalau nak tulis semua memang panjang gila entri aku kali ne, entri paling membahayakan aku pernah tulis.. haha tau takut.. Lagipun aku taknak langgar prinsip baru aku sekarang ‘past is past, reschedule and back to basic’

Kalau aku ‘teringat’ balik aku akan update lagi untuk kali ketiga..  Aku sibuk la. Banyak lagi benda aku kena focus banding kemarahan aku.. Terutama issue di Gaza.. aku akan try buat entri pasal sikap tak telus (ikut-ikutan, cakap tak serupa bikin, semangat yang datang ikut masa dan trend) yang kononnya peduli kebanyakan orang.

Aku nak sambung goyang-goyang kaki dulu.. Best jugak feel ‘konon’ jadi staff government kan.. Kah3x..

PS 1 Aku bukan benci orang government ne, kakak, abang even adik aku keja gomen la.. Aku just meluat ngan sikap kebanyakan mereka..

PS 2 Mula-mula aku nak tulis title Aku Dan Reformasi.. Kang blog aku tak pepasal kena gam olh SKMM lak.. eh itu?.. Haha..

PS 3 Aku suka iklan Digi “buddies” tu.. Takkan terpisah..  maksud mendalam.. (Tiada kena mengena dengan tajuk mahupun isi..

PS4 Pray For GAZA!

0 comments:

Post a Comment