(Aku cuba selami
penderitaan Palestin, Mesir dan Syria dengan ujian yang aku alami ini. Tapi
bila fikir-fikir balik, hoi kau tak layak lansung la der nak banding-banding segala..
wohoi sentap~)
Syawal tahun ni
dah nak sampai di penghujungnya. Puasa enam dah setel? Ala sunat jer pun kan..
Puasa Ramadhan ne dah ganti? Ok awal lagi~ umur panjang lagi, Aku tahu bila aku
nak mati, bla bla bla bla bla bla.. Dush! penumbuk sebijik. Titik.
Aku ada hal lain
nak story sebenarnya. Rentetan peristiwa dia macam ne.. (Macam cerpen panjang
keh3x..)
14/08/2013 raya
ke-7
Sampai jua waktu
yang dinanti (ditakuti), hari esok lagi berapi. Mungkin seperti cili cecah kuah
kari. Maka berangkatlah tuan puteri, diiringi pengawal peribadi, lantas melapor
diri, dah mengarut!. Ok tarikh ni, aku gi hospital tuk daftar masuk wad sebab
esoknya nak operate (Minor Surgery). Pagi-pagi tu aku memang dah packing siap
kelengkapan yang perlu dibawa, macam nak camping jer perasaan. Dah salam mak
dan lambai anak buah, abang aku tolong angkat barang dan hantar aku direct g
hospital. Then nurse berkaitan (aku tak tahu nama, tak sempat nak beramah
mesra) tunjukkan aku wad aku dan katil aku. Aku bersama-sama seorang patient
lain (aku difahamkan dia penghidap breast kanser tahap 2, doakan dia tabah
menghadapi ujian) ditempatkan di wad pembedahan perempuan kelas 3. Aku dok
katil nombor 4 (Fahaman cina kata ni number sueh “mati”) manakala dia di katil
28.
Then aku duduk
menunggu di kerusi sebelah katil tu, takkan la aku nak terus baring macam orang
sakit kan. Aku mula memerhati keadaan sekeliling lihat kesibukan penghuni wad,
nurse-nurse mundar mandir, ke hulu ke hilir. Pesakit ada yang terlelap,
terlentang menangis mengeluh. Di setiap ruang terisi, ramainya manusia yang
sakit.
Setiap ruang
(bilik) ada 4 katil (4 patient), 1 tandas dan 1 singki. Aku senyum, puas hati
dengan fasiliti yang ada walaupun duduk di kelas 3 sahaja. Baru 10 minit,
kebosanan mula melanda. Hey takkan takda nurse yang nak bertegur sapa, mungkin
keadaan aku yang nampak sangat sihat tika itu buat diaorang fikir aku mungkin
hanya seorang pelawat.
20 minit setelah
itu aku didatangi seorang doctor berpakaian selamba lengkap dengan statescope
dan peralatannya. Sambil menanyakan beberapa soalan dia menanda kertas ditangannya,
lepas tu aku menurunkan tanda-tanganku pada kertas berkenaan. “Ok dik, nak cucuk
salur darah jap ek” pintanya lalu ku hulurkan tangan kiriku. 3 kali cucuk weh
tak dapat-dapat salur darah kite.. hamboi~ akhirnya berhasil jugak, menempel la
sebijik tiub kecik (tak tahu nama) dipergelangan tangan yang akan setia
menemani sampai aku discharge kelak. Tangan kanan pula diletak tag nama. Lepas
tu barulah berpusu-pusu nurse temu-ramah aku tanya itu tanya ini, lah tadi
dibiar jer. Aku dipinta menyalin pakaian rasmi wad yang berwarna hijau kodok
euw.
Hari yang
berlalu terasa amat panjang, setiap 3 jam suhu badan dan tekanan darah diambil.
Makan tak lalu, nak buat apa tak mahu. Duduk termenung fikir nasib diri.
Benarlah orang kata, walaupun kita sihat bila dok hospital auto kita akan rasa
sakit. Datang pulak unit bius untuk memberi sedikit info berkenaan pembedahan
esok. “Sepanjang pembedahan esok kamu tidak akan sedar ok, tak rasa sakit pun,
sebijik tiub akan dimasukkan ke dalam tekak untuk bantuan pernafasan. Kesannya,
kamu akan loya, muntah malah boleh batuk berdarah dan demam selepas
pembedahan.” Ngeri~ Tabahlah wahai hati. Then baru dia tanya, ada demam, batuk
dan selsema tak. Aku hanya mengangguk, dah 5 hari aku batuk dan selsema, mana
tak, segala jenis makanan dan minuman aku sumbat. Beraya sakan la katakan.
Doktor check tekak
aku, la merah dah. Macam ne mana leh operate esok, takut tiub pernafasan yang
dimasukkan tersumbat dek mukus dan kahak. Bila aku tak boleh bernafas kang
sangat berisiko, tak pasal-pasal kena masuk ICU. Cancel operate esok. Aku
terkejutlah, ker lega? Hah sampai dah klimaks cerita aku. Doktor kata aku leh
discharge tapi esok kena datang lagi ambik tarikh bedah baru. Aku mengeluh.
Penat! Berapa banyak kali lagi aku kena ambik MC, kerja opis bertimbun tak
boleh focus. Dah lah temujanji sebelum ne wat aku muak. Dah siap cucuk2 tangan
aku. Salah aku sendiri pun, tahu nak
operate tak jaga kesihatan. Padan muka!.
Waktu call abang
suh datang ambik, tiba-tiba jer ramai doctor datang tempat aku. Apa kes pulak
ne? Diaorang dok bincang sesama sendiri, aku mengangguk-angguk konon mengerti.
Lepas tu bagi aku option, boleh teruskan pembedahan tapi bukan bius penuh,
hanya bius ditempat nak bedah. Means, aku akan sedar boleh dengar diaorang
cakap semua time aku dibedah. Doctor kata tak rasa sakit pun sakit masa nak
cucuk bius saja, tapi aku kena psycho lebih la. Semangat kena kuat, tak fikir
bukan-bukan masa operate tu. Mula-mula aku seram sejuk. Tapi bila fikir balik,
kalau aku cancel operate esok sampai kesudah benda ne tak setel. Aku penat
ulang alik gi hospital ne. Nak tambah berapa episode lagi? Tak larat aku. Aku
buat keputusan. Ok. Buat cara inilah. So aku tak jadi discharge hari tu dan
pembedahan hari esoknya akan tetap berjalan.
Malamnya, balik
jer keluarga aku, tinggal aku sendiri. Aku start boring balik. Tidur pun tak
boleh, terbayang-bayang macam mana agaknya aku esok. Perghhh seram!. Nurse
pesan kat aku start jam 2 pagi ne kena puasa dah. Eh doctor pesan tadi tak
payah puasa pun, bukan bius penuh pun. Dia check laporan kesihatan aku, ow
yup.. Tak perlu. Ntah jam berapa baru aku lena.
15/08/2013 raya
ke-8
Aku bangun pagi
macam biasa, 4.30 pagi. Mandi then bersiap solat subuh. Marking tempat nak
bedah sikit terhapus dek air. Aku gelak, betul-betul aku buat wad ne macam
dirumah. Aku tanya nurse bila aku operate, dia kata pagi, tapi tak tahu lagi,
tunggu dewan bedah panggil. Aku tak tahu nak buat apa dah, so aku jalan-jalan
keliling wad, aku menemuh-ramah patient bak reporter tak terlatih. Macam-macam
sakit ada apendiks, diabetes, cancer, buasir (hemoroid), kes macam aku pun ada
tumor benign jer tapi lain-lain tempat macam kat leher, bahu, telinga, dada,
breast (fibroadenoma) dan etc. Aku tertarik dengan satu patient nama nurul,
kecik lagi dah diuji macam ne. Umur 2 tahun, usus dia teralih dari tempat yang
sepatutnya, so kena bedah betulkan balik. Doctor suh puasa walaupun dah bedah
sebab dia asyik muntah, apalah budak tu nak faham, bangun-bangun jer mesti
nangis nak susu. Mak dia pun tak leh wat apa dah, so berkali-kalilah bagi dia
ubat tidur.. Bertahan dik!
Jam 8.00 pagi
aku tengok kak katil 28 dah dibawa ke dewan bedah, aku pulak yang nervous tak
sudah. Tak lama kemudian, nurse datang bawak baju colour putih (baju bedah) suh
aku ganti la tu jugak. Eh sampai giliran aku dah ker? Tengah harinya akak aku
dan 2 cousin tersayang mai melawat aku, ketawa tak hengat.. Orang sekeliling
duk tengok sambil aku translate pandangan diaorang kononnya “amboi suka, tengok
nanti lepas bedah boleh tak ketawa cam ne.” Sangka buruk tak sudah aku ne. heh~
belum habis waktu melawat, lebih kurang jam 2.00 petang, datang sekumpulan
nurse bawak troli menuju katil aku.. Oh no... Turn aku dah tiba. “Sis boleh tak
aku jalan sendiri” Ketawa jer diaorang sambil suh aku baring di troli tu.. Dah
say bubai kat akak, aku disorong pergi. Allah jer tahu perasaan aku waktu tu.
Degup jantung aku tak payah cerita.
Jauh sungguh
perjalanan di rasa. Naik turun lif, jalan lurus, belok kanan kiri sampai di
luar dewan bedah. Sejuk. Tunggu staffs prepare itu ini, tunjuk borang yang aku
sign tu tuk kepastian, tukar troli dan selimut. Done, boleh masuk. Semakin
sejuk. Semua jenis doa yang ku hafal laju saja meniti bibir. Masa la ni baru
nak ingat Tuhan yer. Masuk jer, dengar radio terpasang agak jelas. Untuk bantu
kawal emosi mungkin. Doktor bedah perkenalkan diri, ada 6 orang staf untuk
membantu dan seorang doctor pelatih.
Aku cuba tarik
nafas dalam-dalam lantas mengawal perasaan, aku angguk tanda ready. Lagu demi
lovato heart attack mengiringi. Huish. Semua alatan berkaitan dipasang. Postur
tubuh yang aku selesa ditetapkan. Alat pemanas diselit dibawah selimut
berdekatan kaki. Aku tanya doctor, berapa lama untuk selesai pembedahan ne. Dia
kata tak tentu, tengok ketahanan badan aku dan komplikasi-komplikasi yang
mungkin. Then he just said, about 30-50 minutes maybe. Selamba aku kata, oh tak
lama mana. Doctor ketawa. Lepas cucuk bius, dia start nak cut kulit tu, aku
dengar bunyi zzzztt. Aku terus sound kata aku rasa la. Then, cucuk bius sekali
lagi.
Sepanjang bedah
tu, ok la enjoy sebab doctor banyak cakap dan kelakar, dengan staff yang tak
diragui kemahiran mereka bekerja. Siap ada sesi soal menyoal. Teka lagu yang
tengah main kat radio. Waktu lagu mirror aku selamba sebut nama justin
timberlake, then doctor reply tau dak dia ne gay.. Haha, aku kata mana aku tahu
bukan aku minat pun. Doc tanya balik habis tu minat apa. Sekali lagi aku
merepek kata aku minat kpop. Ntah bila tah. Berhambur ketawa di bilik bedah tu.
Aku ni tengah operate ker apa, macam main-main jer. Dah la aku tetiba banyak
karenah, tak malu tanya ini itu, sakit sikit mengadu sampai 3 kali cucuk bius.
Masa nak jahit tu doc siap gi tunjuk benang yang dia guna siap sebut harga
dia.. Pffttt..
Selesai, diaorang
alihkan aku ke troli balik, prepare nak keluar dewan bedah. Doktor tanya MC
seminggu cukup. Aku kata nak sebulan. Hamboi~ Ketawa tak sudah. Aku dimaklumkan ketulan yang dah dikeluarkan
akan dihantar ke makmal untuk kajian lanjut. Perjalanan balik ke katil
sangat-sangat melegakan. Macam tak percaya aku dah melaluinya. Syukur sangat
ianya tak seteruk yang difikirkan. Sampai dekat katil aku bangun sendiri
berjalan gapai slipper tepi katil. Nurse menggeleng. Bius tak hilang lagi jadi
tak rasa sakit, Tapi aku dapat rasa darah masih mengalir. Ok jangan banyak
gerak kang jahitan terbukak pulak.
Aku tak terus
baring aku just duduk di kerusi. Lepas tu, aku didatangi nurse dan doctor nak
ambil tekanan darah dan suhu semula. Then, check luka jahitan. Orait. Melihat
keadaan aku yang nampak sihat sejahtera hendaknya, doc bagitau berita yang
menggembirakan, aku boleh discharge petang tu juga. Horaayyy! Aku sms family
dan kawan-kawan yang berkenaan. Semua pakat-pakat reply cepatnya. Ada yang baru
rancang nak lawat aku malam tu. Hampa kononnya. Apa da, macam tak suka jer aku sihat
cepat. Urus daftar keluar. Dapat ubat berkaitan, bayar bill, salin baju tapi
memang aku taknak jeling lansung luka bedah, kang pengsan di bilik air tu jugak
tak ke naya. Kemas apa yang patut then tepat pukul 5 petang dah boleh balik
rumah rehat puas-puas. Seminggu jer pun.
End
Ps Aku rasa
pengalaman ne sungguh bermakna. Baru jer nak anggap ianya ujian sedangkan ianya
nikmat anugerah. Allah maha mengetahui.
Ps 1 Ada hikmah
jugak aku batuk dan selsema, kalau tak lagi payah, lambat sembuh lambat balik
rumah (effect lepas bedah bius penuh)
Ps 2 Boleh pulak
salah sms orang waktu nak discharge. Buat malu jer woi.