Apa yang korang faham tentang kata lahir?
Menurut kamus dewan edisi ketiga, lahir membawa makna:
1. yg (kelihatan) di luar
2. berupa benda yang nyata
3. keluar dari kandungan
tapi kali ini aq lebih tertarik dengan maksud yang ketiga.. LAHIR, keluar dari kandungan (new born baby)..
korang tau tak berapa lama korang dok dalam perut ibu korang sebelum korang dilahirkan ke dunia ini? rasanya semua orang tahu. (bodoh bangang la sapa x tw.. hua3x)
pernahkah korang fikir, apa makna, erti, maksud kamu lahir kat dunia ini? pernah? apa tujuan hidup ini, dari mana kita datang dan kemana destinasi terakhir kita? after korang mati korang dok dalam tanah sendiri, sepi, hanya bertemankan ulat dan kala jengking ngeh..
Soal mati mungkin jauh bagi korang. tapi hakikatnya amat dekat hoccay. kita fokus tentang hidup sekarang.. seberapa banyak harta korang nak kumpul, seberapa tinggi pangkat korang nak raih, seberapa banyak kejayaan korang nak dapat, seberapa banyak aweks2 korang nak sepanjang hidup ne.Fokus korang hanya itu kan? aku tak.. haha!
Dalam Al-Quran begitu jelas dinyatakan erti sebuah kelahiran.. pernahkah kita singkap dalam sejenak mengambil contoh panduan hidup yang sempurna. YA MAHA SEMPURNA.
"Dan sesungguhnya, Kami menciptakan manusia itu daripada saripati yang berasal daripada tanah. Kemudian Kami menjadikannya daripada nutfah (air mani) yang tersimpan di dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang melekat itu Kami jadikan segumpal daging, dan daripada segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkuskan dengan daging, kemudian Kami menjadikannya mahluk yang (berbentuk) lain. Maha suci Allah yang merupakan sebaik-baik pencipta." Al-Mukminun 12-14
Subhanallah.. Yup! Kita datang daripada Allah, dan kepadaNya lah kita akan kembali. jadi korang fikir tak? kelahiran dan pengisian hidup yang seharusnya bagaimana? pandai! semua benda yang kita buat harusnya berniatkan hanya kerana Allah..
kita buat baca fikir amal laksana hanya keranaNya. Untuk apa? Untuk menyampaikan rasa bersyukur kita atas anuagerah hidup yang diberi..
Cuba korang bayangkan kalau Allah jadikan korang sebagai batu, rasanya apa yang korang akan buat erk? atau hayat ini Allah takdirkan kita dilahirkan sebagai ayam yg hanya tunggu masa jer untuk disembelih.. apa agaknya perasaan kita..
Jadi masih tak sedar2 lagi? hargai life korang.. hargai erti sebuah kelahiran baru.. ne tak, baru diuji sikit nak tamatkan life, owh dia dah taknak kan aq.. better i bunuh diri.. owh aq rugi besar mana nak cari duit.. better aq terjun bangunan.. owh my life so boring.. wth! ada pulak yang tersalah pilih jalan hidup,aq harap korang baliklah ke pangkal jalan..
golongan yang dah terlanjur then pregnant, sayangilah baby korang, tak perlu tutup malu aib korang dengan masyarakat sampai baby tu korang buang dalam tong sampah.. flush dalam toilet. Malulah dengan Tuhan.. Bertaubatlah. Cari jalan Pulang yang diredhaiNya.. doaku bersama kalian.
Bila waktu telah memanggil,
teman sejati hanyalah amal...
bila waktu telah terhenti,
teman sejati tinggallah sepi..
Aq bagai nak rak nasihatkan korang, aq pulak macam mana? Ya Allah Ampuni khilaf dan salahku, ampuni dosa-dosaku, jauhi aq dari azap api nerakamu.. dan biarkan aq sentiasa berfikir tentang erti sebuah kelahiran. amin.
P/S Semalam kucing aq selamat melahirkan 6 ekor baby.. Sapa nak anak kucing? mcm nak flush jer dlm toilet haih..
p/s2 akak aq pun tak lama nak bersalin.. tggu hari jerk.. semoga semuanya selamat InsyaAllah. amin.

0 comments:
Post a Comment