Korang ne COOL tak?
Cerita 1
Zura sangat rush kejar masa ada date.. dengan kelam kabut dia bersiap then gapai slippers trus berjalan kaki menuju ke Bus station, seperti biasa dia harus melintasi sekumpulan pelepak tegar diperjalanan. Entah macam mana kakinya terlanggar sebijik batu besar then jatuh tersembam betul2 depan kaki- lepak2 berkenaan.. berderai ketawa mereka sambil salah seorang berkata” macam nangka jatuh! Wuahaha”... Zura lantas bangkit lalu merenung kosong satu persatu muka kaki-lepak2 itu lalu tersenyum.. “ huh nasib baik tak mati” kata Zura lalu beredar selamba meninggalkan mereka yang sejurus terdiam..(...!)
moral~ Walau apapun kejadian malang n memalukan berlaku kat korang, korang akan nampak COOL bila korang bijak mengawal emosi.
Cerita 2
Min seorang gadis sederhana yang sedang menjalani kehidupan duka selepas ditinggalkan kekasihnya. “Sudah beberapa ari aq tengok ko tak makan” kata lin teman baiknya. “Ne aq de masakkan bubur ayam special tuk ko, jamahlah sikit” Sambung lin.. Kata-katanya disambut hambar oleh min. Begitu berlaku beberapa hari. “ Kali ne ko makan la, sedap! meh aq suapkan” lin memujuk. “Tak pa la, aq tak da selera lagi ne”..” Takda mood nak makan, karang selera datang aq makan erk” balas min lemah. PAPP!! penampar singgah ke muka min. Min lantas merenung lin penuh hairan. “Selera pulak aq rasa nak tampar muka ko ari ne” kata lin tegas.. “Sebelum mood dan selera aq bertambah-tambah nak tampar ko lagi better ko makan sekarang!” Tambah lin. Min menyuap laju makanan dengan terpaksa..
moral~ Tenang n bertindak COOL menghadapi ragam kawan2 korang, Tunjukkan kasih sayang korang dalam apa jua cara.. ceh..
Cerita 3
Zali memandu laju menuju opisnya.. di telinganya masih terngiang-ngiang pesan ayahnya Dato Razman. “Zali, sebagai orang yang agak senang kita mesti rajin bersedekah, berkongsi susah dengan orang-orang yang memerlukan dan kamu akan bahagia”. Zali meneruskan pemanduan, kali ini lebih berhemah. Di perjalanan zali melihat seorang perempuan tua yang uzur sedang menagih simpati orang ramai. Dihadapannya sebuah tin kecil disuakan kepada orang yang lalu-lalang. Zali memberhentikan keretanya di simpang jalan lalu berjalan perlahan menuju perempuan tua tersebut. Zali menyelak beg duitnya dan mengeluarkan 2 keping not 50 lantas memberi orang tua itu. Zali melangkah perlahan ke keretanya, namun berpatah balik ketempat orang tua. Zali menghulurkan kunci keretanya dan sekeping kad kepada orang tua itu. “Nah makcik ambillah kunci kereta ayah saya ne, kereta ada parking kat situ, kad ne pulak alamat tempat tinggal saya, kalo makcik nak kereta mak saya pulak datanglah ambik yerk, elok jer parking kat rumah tu” kata zali lantas beredar menahan teksi.
Moral~ uhuk2(batuk) aq pun orang susah.. sapa nak bagi keta.. uhuk2.. Korang rasa zali tu COOL ker bengong? heheh~
Cerita 4
A) oit aq de update blog
B) Rajin ko update erk.
A) Ala baru jerk, ko g la baca.
B) Aq habiskan keja ne dulu.
A) Ko g la baca n3 bru aq tu, kang aq tolong
ko wat keje ko.
ko wat keje ko.
B) owh ok. (Sambil mengemas2 meja)
A) Ish ko ne g la baca dulu.. aq tlg ko
kemas.. cepat2! (muka penuh mengharap)
kemas.. cepat2! (muka penuh mengharap)
B bangun dari kerusi then terus berlalu menuju ke katilnya sambil diperhatikan A yang terpinga-pinga
A) oit ko wat pe? aq kn suh ko baca n3 baru
aq..
aq..
B) Esok r aq ngantuk nak tido.. keja tu
lepas ko siapkan letak jerk atas meja tu
hoccay.. Nite..
lepas ko siapkan letak jerk atas meja tu
hoccay.. Nite..
Moral~ susah nak faham orang yang COOL ne kan?
P/S Entri kali ne macam xde motif, but isn't it COOL hah? Hua3x..

0 comments:
Post a Comment