Kemana arah tuju aku nanti? bahagiakah aku di tempat baru? wah sekarang susah wei nak cari kerja. Kalau ada pun aku akan start jadik junior balik. Maybe basic gaji aku pun akan jatuh merudum seperti penguin jatuh bergolek-golek. Tapi, itu namanya pengalaman tak gitu? aku kena luaskan minda aku untuk berani mencuba. Walau bagaimanapun akhirnya, pengalaman hidup mengajar kita. Jangan karang aku dah tua, limit aku masih ditakuk lama. So sad! Tapi aku bolehkah? mampukah?... hah macam tulah hebatnya debat dalam minda aku ini, wa cakap lu..
Akhirnya aku buat keputusan, aku taip resign letter aku. Aku harus move-on. Aku tekad. Sampainya surat itu ke tangan pihak management, membuatkan hati berdebar-debar tak sudah. Kenapa? tanyanya. Aku, tak terfikir alasan yang munasabah, Hahaha perkara yang lawak bagi aku, belum pun mulut sempat berkata apa, air mata mendahului, ceh, asal la aku emo sangat ni. Makin aku cuba, makin deras airmata mengalir. ...Text cut by author... Dah-dah pendekkan cerita. Setelah dicuci oleh bos-bos yang disayangi dan sangat menyayangi aku tu, aku tukar direction 180°. Wuahaha.. Ok aku akan sambung perkhidmatan hingga aku boring balik.
Terima kasih coz menghargai aku sangat-sangat.
Sampai Masa Tibanya Waktu...
Redup Hati Kamu Berdua...
Bila Dua hati Bersatu..
Hidup Mati Jadi Bersama
Kah3x.. entah kenapa aku amik puisi kat merong mahawangsa ni pulak.. macam sesuai kot dengan emosi aku dikala ini.
P/S Walau bagaimanapun jalan hidup yang ditakdirkan Allah untuk kita, semuanya pasti ada hikmah yang akal kita sukar nak tafsir dan yakinlah ia adalah terbaik bagi kita sebagai hambaNya. Alhamdulillah.

0 comments:
Post a Comment