Thursday, February 23, 2012

Erti sebuah persahabatan

Lama gila tak update blog. Dua bulan orang lain dah boleh pergi balik bulan ko taw. Takpa, sibuk sememangnya alasan yang munasabah. Logik2.. kah3x..

Biasanya bercerita topic yang ringan, hari ne terasa nak tulis topic berat-berat pulak.

Semua orang ada pendapat, pandangan dan pegangan masing-masing, Respect pegangan orang dulu, baru orang respect apa yang kita pegang. Tapi jangan lak kita respect then kita sendiri berubah untuk pegang apa yang dia pegang (tengok situasi la jugak). Dan berhujah ikut fakta itu wajib, ko nak tegakkan pendapat ko, pastikan selari dengan fakta. Jangan pilih-pilih point, dan luaskan ckit minda tu k. Ne tak, ambik fakta separuh-separuh then hujah ikut kepala hotak dia. Buat tuduhan melulu, sebarkan fitnah.. dunia-dunia.

Akhirkata kuasa di tangan anda, Undilah Pakatan Rakyat (Pas), ABU

Wah terkejut. Terlalu banyak sangat baca blog politik, sampai isi penulisan pun kearah politik.
Lupakan sekejap hal-hal politik. Aku nak santai.

Aku teringat dengan permintaan seorang rakan fb (lemon green), hai cik lemon nama ko naik kat blog aku fulamak. Ko nak aku tulis tentang kawan yang tak boleh pakai, dan menyampahkan dengan  huraikan yang sesuai. Ok. Entri khas wat ko. Erti sebuah persahabatan. Ceh, title cam gud2.

Untuk pengetahuan korang, aku bukanlah seorang kawan yang baik. Aku juga boleh jadi salah seorang kawan yang cukup membencikan dan menyampahkan. Tapi aku tak tahu kenapa ada juga yang kata aku ne terlalu baik dan naïf, senang digunakan dan dipergunakan. Wah terkesima aku.

Ada banyak perkara yang perlu kita focus dalam menghuraikan erti berkawan. Berkawan la sesuai dengan status perhubungan itu, Macam layan colleque, rakan seperjuangan, kawan so so, friend fb, kawan baik, kawan rapat tak sama caranya. YAH TAK SAMA. The way you talk, joke, and act mana boleh disamakan. Aku dengan kau siap panggil makcik nenek cilakak. Dengan dia tak bleh, aku ngan ko leh tumbuk terajang, dengan dia tak bleh. APTB. Tapi be yourself dalam berkawan itu terbaek.

Nak dijadikan cerita penglipur lara, aku ada beberapa ‘kawan’ yang cari aku bila ada problem sahaja, dan menghilang bila aku dah tak diperlukan, ne salah satu contoh kawan yang bullshit bagi aku. Tapi dia still kawan aku selagi aku tak anggap dia musuh. Baikkan aku!. Apa erti persahabatan sebenar bagi type macam diaorang ne hah?

Sekarang kita biarkan sesame kita berfikir jap. Aku dah takda idea dah nak tulis apa. Kita sambung ke part 2 bila senang.. aku sibuk wei!!, nak sambung balik baca blog politik. Bubai.


p/s berkawan biar seribu, bercinta biar satu. Cinta yang satu tu lak pastikan halal k. 
p/s 2 cik lemon.. aku janji 2 bulan kan? aku tunaikan janji,. tp aku tau ko takkan puas ati dengan yang ne, aku pun..so aku janji bagi aku masa 2 bulan lagi tuk lengkapkannya.. (lama giler) insyaAllah.. 

0 comments:

Post a Comment