Izinkan aku pergi dulu untuk sementara waktu ini, Walaupun hakikatnya
tak ada orang akan kisah, biar aku (bermimpi) sedapkan hati aku bahawa banyak
orang peduli..
Terlalu banyak perkara aku perlu focus, Hidup aku dah tak menentu.
Semua yang menjadi kebiasaan aku, aku lupa! Aku lupa diri. Aku pergi jauh dari
sifat aku yang sebenarnya. Sampai aku sendiri tak kenal aku siapa. Biar aku ambil
waktu kaji diri aku balik itu yang aku perlu buat.
Mana pergi zikir-zikir cinta aku, Mana pergi ayat-ayat cinta aku, Mana
pergi rasa nikmat berserah diri bila kepala sujud kebumi? Mana pergi keikhlasan
aku, Mana pergi sifat malu aku.. Mana pergi SEMUA perasaan itu? Aku rasa
kehilangan..
Jadual aku semakin kusut. Waktu aku tak teratur, Kualiti kerja aku tak
payah cakap. Kesihatan aku? Oh! aku semakin malas.. Terhibur dengan dunia. Sampai
aku lupa kata ‘mati’ itu apa. Wah Wah Wah!
Aku perlu susun semula langkah aku. Sebelum aku semakin leka, siapa
saja plezz tampar aku!, sedarkan aku!
Tak payah cakap banyak. Tak perlu ada drama (Walaupun benda ne pun dah
macam drama).. No, it isn’t a Drama!
(Betul ker grammar aku ne, lantak la!)
Tabahlah wahai hati.. Hish.. Hish.. Rasa sebak pulak dada ne.. Sebelum
aku semakin merepek aku akhiri entri kali ini dengan puisi ringkas..
Eh aku dah lupa.. Lain kali la..
PS Aku terlalu mengejar cita-cita dunia aku, sampai aku terlupa
cita-cita yang lebih penting!
PS 2 Jangan nilai aku macam baik sangat, sebab sekarang ne aku pun tak
tahu aku sedang ikhlas atau tidak..
PS 3 Cerpen yang aku create awal tahun ne, sampai hujung tahun pun
belum berpenghujung.. terlalu sibukkah aku? Ahh aku bukan penulis pun. Bai.

0 comments:
Post a Comment