(WARNING: Penggunaan bahasa aku banyak salah dan tidak menepati garis
panduan dunia penulisan sebenar, aku bukan penulis ok!. So, aku tidak akan
bertanggungjawab atas pengaruh negatif yang mungkin akan wujud asbab ayat carca
merba aku ini. Sekian, pesanan ini tidak ditaja oleh mana-mana public figure, parti,
agensi, jabatan atau yang sama waktu dengannya.. Tuii!)
Tik..Tik..Tik..ssshhhhhHHHHHHHHHHH….
Hujan yang turun semakin lebat memaksa kakinya berjalan laju mencari
tempat untuk berteduh.
“Lebatnya hujan ni, bila nak berhenti pun tak tahu, habis basah baju
aku!” Rungut amirah sendiri.
“Ahhh! Lambat lagi lah aku hari ini,. Bos ni pun satu, kan elok bagi jer
staff dia sorang sebijik kereta pakai gi kerja, taklah aku datang lambat tiap
hari. Bas satu hal, hujan satu hal, belum kes dikejar anjing, dikacau mat
rempit, stall-stall tepi jalan yang menggoda hati dan nurani aku ni. bla..bla..bla..”
sambungnya.
“wei minah, bunyi ko membebel lagi lebat kot dari hujan ni, kang tak
pasal-pasal bengkak gegendang telinga aku ni hish!” Tiba-tiba satu suara yang
tak dikenali menegurnya.
Spontan dia tersentak lantas menekup mulut. Pipi merona merah. Mana taknya
rupanya dia bukan sendirian berteduh disitu, dahlah membebel tak ingat. Malu!.
‘Boleh pulak tak perasan mamat hensem sebelah ni.. haish’ bisik hatinya
sendiri. Amirah cuba berlagak selamba seperti langsung tiada apa-apa yang
berlaku sedang dalam hati ingin saja dia lari dari situ meredah hujan yang tiada tanda akan berhenti.
‘Pedulilah basah kuyup ker apa, bukan mati pun!’ bentak hatinya lagi. ‘Ahhh, tak
payah susah-susah, ignore jer’ segera membatalkan niatnya.
Akhirnya hujan berhenti juga. Mamat tadi perlahan beredar, tapi sempat
menoleh “Tak sangka ayat aku boleh buat orang jadi bisu serta merta, Hah lagi
satu, jangan suka cari point salahkan orang atas kesalahan sendiri, buruk tau”
Lantas tersengih puas!
What!! Melampau! Ikut hati macam nak bagi penumbuk jer mulut tak
berlesen dia tu. Geram!
*****
Fail berserakan di atas meja. Sakit kepala yang semakin menggigit tak
dihiraunya. ‘kena siapkan hari ni jugak!’ dia tekad. Sesekali sengaja mengetuk
kepalanya sendiri. ‘please bukan sekarang’ getus hatinya lagi. Dia lebih rela
menyeksa diri berbanding dimarahi Mr KIA a.k.a bosnya itu, baginya prestasi
kerja lebih utama dari segala-galanya. Kepala makin berat. Muka mula terasa bahang. Penglihatan
semakin kabur. Kesan ‘main’ hujan la ni.
“Mira bos nak jumpa, urgent katanya” Suraya menyampaikan pesan. Amirah
bangun perlahan. Belum sempat mengatur langkah, Gedebuk!. “Mira!! Kau ok tak
ni?” Suraya cemas.
*****
“Ibu! Abah! Jangan pergi!”
“Mira janji takkan degil lagi, Mira janji akan turut semua kata ibu, kata
abah”
“Maafkan Mira, Memang semua ni salah Mira,.”
“Please jangan tinggal Mira.. ibu! abah!!!
“Mira! Mira! Bangun Mira!” Suraya dan Anis cuba menyedarkannya.
Perlahan mata dibuka. Diamati bilik itu. Di mana? Arrghh! Sakit kepala masih
menyengat. Seolah faham, Suraya dan Anis serentak senyum.
“Kau pengsan tadi, tulah paksa diri lagi. Susahkan orang!”Anis mencebik.
“Teruk demam ko, seminggu kot ko kena tahan disini” Suraya menambah.
“No!, Aku nak balik, Aku dah ok
lah” Suaranya lemah.
Duduk di klinik ni kang macam-macam ubat disumbat ke mulutnya, ikut
masa lak tu. Perkara paling dibencinya sejak kecil. Suntik? Ih tak mau!
“Aku dah bagitau kat doktor, suh dia tak bagi ko pulang. Lagi lama lagi
baik, ko anggap jer ko tengah bercuti.
Menginap kat hotel” tegas Suraya.
Kesian-kesian jugak tapi degil dia ni sesekali kena diajar.
“Tapi..”
“Proposal tu aku tolong ko siapkan, pandailah aku explain dengan Mr
KIA ko tu, yang penting sekarang take a good rest k, kami balik dulu. Malam
kang kami datang lagi, jaga diri erk.Bai!”potong Anis.
“Doktor sini hensem-hensem tau, boleh cuci mata! Prihatin kan
kitorang..haha!” Sempat suraya mengusik sebelum menutup pintu rapat.
Dem! Suka-suka jer diorang ne! What to do? Ligat otaknya berfikir tapi
denyutan dikepala membataskan.Memori tiga tahun lalu kembali menerjah.Tak
semena-mena titis-titis jernih mengalir lagi.“Ibu! Abah!Mira rindu!”
‘kesian..’ hanya itu hatinya
mampu ucapkan. Niat untuk masuk menyapa dibatalkan.Laporan kesihatan Nuramirah Binti
Luqman ditangan, perlahan diletakkan disisi katil. Usai doktor Ariff pantas
beredar.
*****
Dia merenung kosong dada langit.Tenang. Alam pun tahu berehat, ntah apa
yang disibukkan manusia sekelilingnya. Mata dilarikan pula pada bunga di hujung
katil. Mr. KIA ni pun satu, bagi bunga untuk apa? Bukan boleh makan! Kini kad
kecil ditangannya pula ditatap, meniti tiap baris ayat yang tertulis.
Mira,
Cepat sembuh k..
Akukan sentiasa ada untukmu..
Setia menantimu, Bertahan
untukmu..
Walau apapun akhir kata putusmu..
Aku terima, Cinta tak boleh
dipaksa..aku tau itu.
Tapi akukan tetap menjagamu.. Itu
Janjiku!
Khairul
Imran
Janji..Ya ada satu janji yang belum ditunainya. Ibu, Abah akan Mira
penuhi janji itu.
“Ko biar betul Mira? Ko nak tolak anak Dato Arman tu logik lagi aku
rasa, tapi then tiba-tiba nak kahwin dengan orang yang ko tak kenal lansung?
Gila! Ko memang dah tak betul Mira!”
Kata-kata Anis kembali terngiang. Korang tak faham. Aku takkan ulangi
kesilapan tiga tahun lalu. Aku taknak kehilangan orang yang aku sayang
lagi. Wajah tua neneknya pula dibayangan. Ya nenek, Mira akan pulang tunaikan
janji itu. Janji abah. Janji ibu. Janji Mira.
*****
“Arrrghh..kemain prihatin konon, letak aku kat sini sensorang lagi
seksa adalah. Tak logik la, Susah sangat ker tidur sehari dua kat rumah aku,
teman aku. Kat sini nak buat apa lagi kalo tak termenung, kalau kerja
kurang-kurang boleh wat aku lupa” Amirah bermonolog sendiri.
“Sebab prihatin la diorang letak awak kat sini, tahap kronik awak ni
patut dok kat hospital mental layaknya, tak habis-habis membebel sendiri” tegur
Dr. Ariff.
“err..”
‘Siapa? Macam kenal. Amirah memaksa memanggil memorinya. Memori kala hujan
itu. La mamat ni lagi. Buat apa disini?’
“La..Err jer? Penyakit bisu datang balik erk cik Nuramirah” Dr. Ariff
masih dengan gurauan kasarnya.Takkan kecik hati kot. Sensitive sungguh!.
“Mr. Annoying …” gelaran spontan untuk lelaki itu. Perlahan Amirah
menuturnya, namun ditangkap jelas oleh Dr. Ariff.
“Dr. Ariff Ikhsan ok, tapi kalau nak panggil ‘Mr annoying’ pun ok
jugak. Cute ape..”Ariff tersenyum nakal.
“Doktor zaman sekarang memang takde sivik erk? Adakah suka carik pasal
dengan patient, terpaksa bersimpati dengan patient-patient ko”
“Oh yeah? I think u should.. I okey jer dengan semua patient I. By the
way, i forgot to tell u that u were the one exception. I yang akan incharge u
sepanjang u dekat sini, So….. haha!” kata Ariff sambil buat muka pelik.
“What? Give me a break! Tak payahlah susah-susah DOKTOR”, aku dah ok.
Hari ni jugak aku nak discharge.”Amirah meluat. Ingat aku hadap sangat nak dok
sini lama-lama ker.
“Well.. I yang decide boleh ker tak boleh. Its depends on me” Tukas Dr
Ariff sambil mencatat sesuatu pada laporan kesihatan Amirah. Senyuman menghiasi
bibirnya. Agak lama.
1..2..3.. ‘Something fishy’ Amirah menduga.
*****
Seminggu di klinik itu cukup menyeksakan baginya. Seminggu? ya memang tak
logik. Demam jer pun. Ni semua gara-gara si annoying tu. Dr. Ariff Ikhsan bin
Abdul Rahman, dengar namanya saja buat dia sebal. Menyumpah-nyumpah hatinya.
Ceit! Untuk apa aku ingat dia, go to hell.
Zaman penjajahan telah berakhir Mira, kini engkau bebas. Tapi satu
perasaan lain pula dirasanya kini. Sebak.
“I will miss u Mira.. Please don’t forget me. Aku masih tunggu hari itu”
luah Ariff saat Amirah melangkah pergi.
Luahan tu, what for? Nak tunggu hari apa?
“Mira.. Are u okey? Tak payahlah datang kerja kalau masih tak sihat.” Tegur
Khairul Imran mematikan lamunannya.
Amirah hanya membalas dengan senyuman. Mr KIA, dia memang caring. Seorang
yang perfect dimatanya. Sangat berbeza dengan lelaki itu. Ya jauh berbeza. Lebih
dua tahun dia menjadi bos aku, kenapa ‘feel’ itu tak pernah ada untuk dia. Bagi
Amirah, mereka tak lebih dari hubungan antara bos dengan pekerja.Tapi hanya
seminggu diperlukan untuk lelaki yang entah dari mana asal kejadiannya itu
cukup mengganggu perasaannya kini.
“Ariff Ikhsan..” tiba-tiba saja
nama lelaki itu meniti bibirnya.
“Pardon?.”
“oh?.. Nothing..”balasnya sambil tangan menghulurkan sesuatu. Sampul
berwarna putih itu kini bertukar tangan.
“But why Amirah? Tanya Khairul Imran usai melihat isi surat itu.
Resign letter Nuramirah benar-benar membuatnya terkejut.‘Sebab akukah?
Mira kau tak perlu buat semua ni. Hati aku memang sakit sangat-sangat saat kau
tolak lamaran aku tu. Tapi aku dah belajar untuk terima. Bagi aku cukup lihat
kau bahagia dengan pilihanmu.' Semua itu hanya mampu diucapnya dalam hati. Dia
harus kelihatan cool depan pujaan hatinya itu. Bukan setakat hati Amirah yang tak
dapat dimiliki, kini wajah itu juga akan menghilang dari hari-harinya. Hatinya
terasa bagai disiat-siat saat ini. Namun jauh disudut hatinya masih ada sisa
harapan yang disandarkan.
“I just have to go. Thanks for everything.” Balas Amirah ringkas.
Kejamkah aku?. No, ini yang terbaik! Bukan kau saja yang terluka. Aku
juga. Aku hanya menuju jalan untuk tunaikan ‘janji’ itu.
*****
“Man, Syira.. tak perlu dipaksa budak itu, biar dia sendiri yang buat
pilihan” Tutur Mak Limah.
“Tidak mak! Man buat ini semua pun untuk Mira juga. Bila Mira dah
kahwin, suami dia ada jaga dia, bimbing dia. Manatau ditakdirkan Allah umur Man
tak panjang” tegas Luqman.
“Ish kamu ni, kesitu pulak.. Mira kan masih muda, biar dia capai
cita-cita dia dulu. Biar dia sambung belajar dulu”
“Umur Mira tu dah 20 tahun mak, bukan muda sangat pun. Lepas kahwin, dia
nak sambung belajarkah, nak apakah, bakal laki dia tu bukan nak halang pun. Syira
yakin dia boleh jaga Mira.”Syahirah menyokong penuh keputusan suaminya.
“Jangan sebab terhutang budi dan
janji kamu dulu kamu nak hancurkan masa depan anak kamu pulak Man, Syira” Mak
Limah masih mencuba.
“Hancurkan apa pulak ni mak. Man tahu anak Abang Rahman tu boleh jaga
Mira. Takkan sia-siakan hidup Mira.Sebab Man sayangkan satu-satunya anak kami
itulah kami buat keputusan ini.”Luqman menyakinkan ibunya.
Bukan dia tidak mementingkan perasaan anaknya. Jauh sekali ingin
membiarkan anaknya terluka. Tapi janji yang dituntut tak mungkin
dimungkirinya. Saat itu, peristiwa termeterainya janji antara dia dengan kawan
karibnya untuk menyatukan anak mereka dahulu pula berlegar diingatannya.
“Abang! Mak! Mira tak ada dibiliknya” Pekik isterinya tiba-tiba.
*****
Kurang dari sepuluh hari, Amirah akan bergelar seorang isteri. Dengan
siapa? Dia tidak pernah ambil peduli. Semua urusan persiapan perkahwinan diserahkan
sepenuhnya pada neneknya.Tempoh tiga tahun yang dimintanya dulu tiba juga, dia
pasrah.
“Maafkan pakcik Amirah, semua ni memang salah pakcik, kalau bukan sebab
permintaan pakcik, abah dan ibu kamu pasti masih ada saat ini”
“Tidak pakcik.. Mira yang salah. Abah tak pernah minta apa-apa dari
Mira. Hanya sekali itu,.tapi Mira..”Tersekat-sekat suaranya menahan sedu.
Amirah menyalahkan dirinya. Kalau dia tidak lari dari rumah waktu itu,
kemalangan yang meragut nyawa ibu dan abahnya mungkin tidak akan berlaku. Dia
sesal.
“Jangan salahkan diri Mira, semua ini ketentuanNya. Doakan
mereka.InsyaAllah roh mereka ditempatkan disisi orang-orang yang soleh” Simpati
Rahman.“ Soal majlis tu, terserah Mira nak teruskan atau batalkan, pakcik takkan
paksa” sambungnya. Dia tidak mahu menambah beban perasaan yang ditanggung gadis
itu kini.
“Mira akan teruskan pakcik, itu hajat terakhir abah,. Tapi tolong
berikan Mira sedikit masa”
Terbit perasaan kagum Rahman. Memang tak salah niatnya memilih Amirah untuk
dijadikan menantunya. Bakal isteri anaknya.
~Karna ku sanggup..walau ku tak
mau..Berdiri..sendiri tanpamu~
Lagu Agnes Monica menandakan panggilan masuk mematikan ingatannya pada
peristiwa itu.
Telefon digapai. Amirah melihat pada paparan skrin yang tertera nama
pemanggil. Ariff Ikhsan.
*****
“Mira! Over here..” Panggil Ariff Ikhsan sambil melambaikan tangan memberi
isyarat pada gadis itu.
Mereka kini duduk berhadapan. Amirah tenang. Menunggu Ariff memulakan
bicara.1..2..3.. Hampa. Hanya senyuman diberikan.
“Apa yang penting sangat? Soal Amirah terus ke tujuan utama.
Dia tak mahu lama disitu. Bimbang hatinya berubah. Ya!Perasaannya telah
ada untuk lelaki itu. Bukan sekali dia mengelak setiap kali diajak berjumpa. Tapi
kali ini, dia perlu tahu duduk sebenar perasaannya. Mencari keyakinan untuk
sebuah kepastian. Tapi untuk apa? Dia bakal menjadi suri hati orang lain juga.
Dia sendiri keliru dengan perasaannya kini.
Soalannya hanya dibalas dengan senyuman. Lagi.
“Dr. ni dah pekak ker? Apa hal yang penting sangat tu? Saya kejar masa
tau! Banyak benda lagi saya nak buat dari tengok awak senyum macam orang tak
betul” Amirah hilang sabar.
“Hahaha.. Suka tengok bila awak dah mula membebel”
“I have no time for this Dr. Ariff Ikhsan”
“Mira.. Do you love me?” Tanya Ariff tiba-tiba.
“What? No and never!”Amirah menafikan.
“Sure?” Tanya Ariff lagi sambil menghulur sekeping kad berwarna ungu. Masih
tersenyum. Pelik.
“I hanya nak bagi ini. I dah nak kahwin minggu depan, Mira datang tau?”
tambah Ariff dengan senyuman menyimpan seribu makna.
*****
Hari itu tiba juga. Dia mencuri pandang dari balik pintu biliknya. Kesibukan
diluar membuatnya lemas. Ya! Dia lemas dengan perasaannya sendiri. Kelihatan
Suraya dan Anis sibuk melayan tetamu yang hadir. Ketibaan rombongan pengantin
lelaki membuatnya semakin tak tentu hala. Debaran jantung tak payah cerita.
Melirik-lirik matanya mencari kelibat bakal suaminya itu. Mana? Matanya
menangkap satu susuk tubuh yang tersenyum memandangnya dari kejauhan. Dia? Dia
menampar-nampar pipinya berulangkali. Sakit!. Ya Mira ini bukan mimpi! Ya Allah
kuatkan aku.
Amirah terus berlari mencari sesuatu. Pantas dia menyelongkar laci
mencari barang itu. Kad jemputan milik Ariff Ikhsan. Diselaknya perlahan. Nama
penerima dibiarkan kosong. Arrghh, dia tidak berminat akan hal itu. Matanya
meniti lagi baris berikutnya. Nama pasangan mempelai. Ariff Ikhsan bin Abdul
Rahman dengan pilihan hatinya Nuramirah binti Luqman. Amirah terpana. Seakan-akan
tidak percaya. Akhirnya airmata bahagia miliknya mengalir untuk kesekian kali. Rasa
syukur dipanjatkan. Takdir Ilahi penentu segala. Sebuah janji tertunai jua. Takdir
sebuah janji.
“Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada
perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya” Surah Al-Baqarah ayat 216
**THE END**
Ps Draf asal aku jauh beza kot dari hasil akhir cerita ne. Mula-mula
aku ingat nak wat watak heroin tu mati,. Hahahaha kejam! Aku lebih suka cerita sad
ending sebenarnya. Sebab memang itu reality hidup..
Ps 1 Imbas kembali yang terlalu banyak buat cerita ne agak memeningkan.
Aku baru belajar teknik memanipulasi masa, tu pasallah - Pengaruh kartun
Boboiboy ne. Kah3x.
PS2 Mr KIA tu singkatan bagi Khairul
Imran Bin Dato Arman –Credit C.N. Blue Mr KIA (Know it All)
Ps3 Cukup Jiwang tak I ne?poyo jer. Azam tahun baru ingat nak try
compose lagu pulaklah (lagha), ceit wat cerpen pun tunggang langgang. No! Aku cabar diri aku!.
K. Bai.

0 comments:
Post a Comment