(Bagi aku, janji yang pernah termetri walaupun tak pernah dituntut. Sudah
menjadi kewajipan aku untuk menunaikannya. Walaupun mengambil masa yang agak
lama. Walaupun si penuntut mungkin sudah lupa atau tidak peduli. Itu adat
berjanji yang akan aku pegang sampai mati)
Kecelaruan yang tiba-tiba dan seperti tidak berasas terjadi lagi dalam
hidup aku.
Yang menjadi punca mungkin aku, mungkin kamu atau mungkin dia, pihak
ketiga antara kita.
Mungkin juga kerana bahana emosi, ego, sensitive dan benci.
Perasaan kasih menjadi soalan pada teka teki yang tidak berjawapan.
Dalam berkawan
Normallah ada waktu bercakaran
Tapi tak normal bila lansung tak ada pergaduhan
Normallah ada waktu bersedihan
Tapi tak normal bila ketawa sepanjang zaman
Normallah ada waktu perpisahan
Tapi tak normal setia dengan pertemuan
Normallah ada kata yang menyakitkan
Tapi tak normal tiap kata kau iyakan
Normallah mengundang sejuta perasaan
Tapi tak normal bila dah melanggar adap dan batasan
Kawan ni ibarat matahari, memancar sinar kala dinihari
Menghangatkan jasad kala ia beku tanpa rasa
Kawan ni ibarat bulan, menjadi peneman kala senyap sunyi
Memberi cahaya kala gelap bermaharaja
Kawan ni ibarat bintang-bintang sakti
Kawan ni boleh jadi macam awan, melindungi diri kala
terik mentari
Kawan ni boleh jadi macam hujan, hadirnya suatu rahmat
dari ilahi
Kawan ni boleh jadi macam pelangi, indahnya mendamai
sanubari
Kawan ni boleh jadi macam lautan, 70 peratus merangkumi
bumi
Air terjun?, Boleh. Katanya you jump I jump (Ritma tak
sama, sure tangkap muat)
Sampai waktu kawan juga boleh jadi Oksigen, tanpanya
confirm boleh mati!
Erti berkawan terlalu dalam untuk diungkap melalui kata,
Terlalu luas untuk ditafsir melalui hati,
Terlalu payah untuk disingkap melalui akal
Arrrrghh tak perlu meleret-leret
Sebab macam mana pujangga,
Puitis, romantis atau dramatis pun penyusunan sebuah kata,
Takkan mampu merungkai erti persahabatan itu sendiri.
Rumit bukan?
Ok kita hurai dalam bahasa mudah.
Benda ne jadi sepintas lalu. Di luar otak sedar aku. Ya aku akui aku
yang mulakan. Aku salah sangka, macam tak trust dengan ko pun ada. Then dapat
mesej dari ko, tanya kenapa?oh aku melenting. Kenapa? Why? Entah kenapa aku tak
suka pada soalan itu. Ok aku yang emosi sendiri. Sedih tau bila hati terusik
oleh kata-kata “Kalau dah ludah jangan jilat balik”, “Dont message me” padahal
waktu tu aku dah taip bukan main panjang untuk reply mesej sebelumnya. Aku
cancel untuk send. Ego aku tercabar. Buat apa nak terhegeh-hegeh pujuk ko if ko
memang dah tak mau dengar explaination dari aku. Direct mesej yang aku hantar
ko tafsir ikut kepala ko sendiri. Ahh siapa yang tak sakit hati. Lagi satu aku
memang tak suka bila orang paksa aku terima pendapat dia. Sebab aku ada
pegangan aku sendiri. Tak bolehkah ko terima aku seadanya. Tak perlu diubah apa
yang sedia tercipta.. Aku tak suka diarah itu diarah ini. Sebab aku dah muak
diarah oleh diri aku sendiri. Macam aku nak salahkan ko kan? Wait jangan stop
baca lagi dear. Sila baca sampai habis.
Malam tu lepas ko mesej. Aku fikir dalam-dalam. Flashback balik memori kita
dulu-dulu. Memang aku tak dapat lena malam tu. Kenapa aku nak act macam
budak-budak?. Yah aku terlanjur pada perbuatan aku. Sampai hati aku kan?
Persahabatan yang dah dekat tiga tahun terjalin,
sebab perangai aku yang tak semena ne, sebab benda yang tak jelas, sebab orang
yang takde kena-mengena tu, boleh putus
macam tu jer. Contoh bila orang maki
kita depan-depan, rasa macam kena siat-siat jer hati kita kan? Juz contoh ok.. Tapi
apa yang paling menyakitkan sebenarnya, bila kita diam seribu bahasa biar orang
tu tertanya-tanya apa salah dia. Why? Why?. Kejam! Aku kejam! Malam tu jugak aku
mimpi ko dah tak nak cakap dengan aku sepatah pun. Aku sampai pergi depan rumah
ko jerit-jerit nama ko pun ko dah tak peduli. Sakit tau. Aku tau kau pun sakit.
“Ku terjaga, dari mimpi lena, sedang pipi dibasahi, tangis ku sendiri”-pelangi senja-Stacy.
Tak mungkin aku lupa, apa yang aku pernah lalui dengan ko. Orang yang dah banyak ajar aku
erti hidup. Erti mensyukuri hidup. Macam mana nak face dengan orang lebih
yakin. selalu ada bila aku perlu. kongsi cerita suka-duka. Kongsi minat gila-gila. Tak pernah
belakangkan aku walaupun kita jumpa face to face pun tak pernah. Hargai aku
seadanya. Ajar aku erti manisnya berkawan. Nikmatnya hubungan kawan itu. ketawa bersama, menangis bersama tapi
kita tak pernah bersumpah untuk mati bersama. Mana mungkin aku mahu kehilangan
orang seperti ko. Waktu tu jugak aku decide. Aku nak mintak maaf dengan ko.
Jujur dari hati aku. Tapi aku nak wat something special yang ko akan ingat sampai-
bila-bila. Aku tahan hati aku supaya sabar sikit, Jangan terburu-buru bertindak.
Benda ne kena ambil masa. Baru effect dia lebih terasa. Aku senyum. Harap
sangat ko suka.
#Update on 16/01/13#
Ko mesej nak jawapan hari ni jugak. Aku reply selamba.. Listen.. Listen.. Listen.. (ayat trending minggu tu). . Then ko jawab serius “I Swear aku bg ko mase
today..TODAY” gulp! Aku tau aku bergurau pada tempat yang salah. Maafkan aku sekali lagi. Aku rancang nak wat surprise, ko pulak wat aku surprise.
Macam mana ne? Nak teruskan plan atau tidak.? Kalau terus terang dah tak surprise.
Habis punah plan aku. Tapi aku teruskan plan tu jugak sebab aku kenal ko macam
mana dear. Hati ko lembut biarkan ko merepek kata ko nak keraskan hati ko sekeras-kerasnya. Tersentuh baca mesej-mesej ko. Menitis jugak airmata yang memang dah
selalu menitis ni. Ceh.. Tapi memang takut ko betul-betul takkan peduli aku lagi lepas tu. Macam nak surrender terus. Aku doa jer harap semua berjalan seperti yang di rancang. Aku harap ko faham.
#Finish Update#
Apa point aku cakap semua ne? nak bagitau semua orang? Yeah! Mungkin.
Aku nak semua orang tahu aku ada seorang kawan yang sangat-sangat baik. Rugi
sangat ‘dia’ tak hadir dalam hidup korang. Rugi sangat korang tak rasa apa yang
aku rasa. Rugi! Dan jauh lebih rugi bila aku biar ‘dia’ hilang dalam hidup aku.
Bodohnya aku. Mana mungkin aku biarkan. Pedulilah orang nak kata semua ne drama
ker apa. So what?. And kalau orang masih cakap persahabatan ne tak real, aku
pun tak taulah, Hish! Lantak koranglah!
Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
-Teman Pengganti, Black ft Malique-
Ko nak tahu kenapa aku suh ko tunggu hingga next week (Hari ini). Bukan
aku sengaja diam membatu. Bukan aku sengaja tak reply semua wasap ko. Bukan
niat aku nak tambah sakitkan hati ko. Tak pernah terfikirpun untuk putuskan persahabatan ne. Cuma.. Aku ingin membaja sedikit benih rindu. Agar bunganya tumbuh mekar mewangi. Untuk itu aku perlu masa. Yeah! Dan yang pasti sebab aku nak ko bukak
kiriman tu dulu. Then baca kad tu. Then baru aku post & tag ko entri ne melalui
account fake tu. Aku nak surprise kau dengan hadiah tak seberapa aku tu, tapi harap ko
nilai ia dengan rasa yang lebih berharga. Persahabatan!. Hope u like it. Aku
akhiri entri yang panjang gila babi ni ne dengan ucapan I’M SORRY- lagu terbaru C.N. Blue ne weh.
Psst.. Saat ko tau kewujudan
fake account twitter aku ne pun mesti ko surprise jugak kan?(DeaCassandraAbdullah)
PS Lagu ne special tuk ko. Sahabat -Najwa latiff ft Sleeq . eh ko tak layan sangat lagu melayu kan? ok lagu ne ar.. Cry on my shoulder . Tak best jugak.. alah jangan lah tamak. Bha, ambik lagu ne pulak Naran Namja -CN Blue Haha, takda kena mengena. Last la, lagu 150 juta - Fynn Jamal Listen tau.. Feel the music, Feel the lyrics, Feel the song..

0 comments:
Post a Comment