Amboi! Tajuk memang tak boleh blah. Entri kali ne memang agak terlebih kemerepekannya
merentasi tujuh petala langit dan mencapai tahap kemangkukannya tersendiri.
Tapi aku cuba selitkan sedikit unsur lawak, sedih, nasihat, panduan tak lupa
tarbiah dan kpop! Tiba-tiba.
Kaki aku bengkak lagi. Ntah masuk
berapa kali tah sejak bulan 12 lalu. Nak tau kenapa? Tak payah sebok :P. Sebenarnya
aku memang ada masalah kekejangan otot bila masuk musim dingin/hujan. Sejak
kecik lagi. Aku tak tahu kenapa, aku memang tak pernah refer mana-mana doktor berkenaan
masalah ini, tu belum cerita masalah kulit aku lagi. Waktu sekolah dulu adalah
jugak belajar pasal cramp ne. Kurang zat kalium dan natrium tak silap aku.
Serius aku lupa! Maafkan aku cikgu Matan, cikgu Wee (Guru Biologi) tak lupa
Cikgu Roshdi dan cikgu Irma (Guru Kimia) untung nama cikgu masih ingat. Fuh! Susah-susah
refer makcik Wiki ne.
Ok-ok dah mengarut. Tapi kali ne kaki aku bengkak bukan sebab cramp,
sebab benda lucu ne yang aku tetiba nak menulis ne. Ya! aku telah menjadi seorang
hero-in dua hari lepas (07/01/13 kena tulis tarikh takut lupa sejarah bermakna
ne). Bangga! Aku berjaya menyelamatkan seekor anak kucing yang terperangkap/tersesat
masuk di celah koridor tingkat dua bangunan opis aku. Aku tak tau jugak
macammana dia boleh sesat masuk sana. Dia terbang ker, panjat ker. Lompat ker. Logik
kot. Sejak Jumaat lalu lagi kucing tu dekat situ, tapi aku biarkan. Yalah aku
harap adalah orang lain yang akan tolong. Tapi hampeh! Sebab aku dah tak tahan dengar
bunyi kucing tu yang kedengaran sangat terseksa dan menyeksakan (mungkin lapar
sangat kot)., bunyi dia macam panggil nama aku pun ada.. Mya.. mya.. help me! dengan
mukanya yang ketakutan lagi weh auto terbit rasa perikemanusiaan aku ne.
Bayangkan seorang gadis ayu macam aku ne, dengan tudung ala-ala najwa
latiff lengkap berbaju kurung Pahang memanjat keluar melalui tingkap kecik yang
tersedia. Aku berjalan dengan penuh hati-hati dikoridor yang tidak berdinding,
dah lah sempit, licin pulak tu! musim hujan kan. Silap langkah boleh hilang
nyawa! Aku memang tak fikir panjang waktu tu sebab kesian tol tengok muka
innocent anak kucing tu. Aku dah tak peduli orang nak cakap aku apa, ialah nampak
tak manis kot perempuan main panjat-panjat ne. Tapi masa tu memang tak ramai
orang, dah keluar gi makan pun. Aku? Diet! Haha.
Alhamdulillah, semua selamat. Cuma kaki aku terseliuh sikit waktu nak
panjat masuk balik. Tu yang buat bengkak tu. Sekarang dah susut dah. Anak
kucing tu? Lepas je aku bawak turun aku bagi dia makan mee goreng ayam haha!
Then aku biar dia jalan sendiri carik hala tuju dia. Harap dia boleh survive
sendiri. Kejam tak? Asal aku tak bawa balik? Kau gila! dozen-dozen kucing aku
kat rumah aku nak buat apa? Tu pun dah kurang kasih-sayang sejak aku sebok main
dengan anak buah comel aku tu. Heh! Tapi lepas tu aku fikir macam tak wajar pulak
tindakan aku tu, better aku biar dia dok terperangkap sana. Arrgghh.. benda dah
jadi, hanya itu yang aku mampu.
Pengajaran dalam alkisah aku ne banyak sebenarnya, panjang kalau aku
nak huraikan satu-satu so aku buat dalam bentuk point.
- Sayang menyayang sesama mahluk tu penting sebenarnya dan aku percaya macam mana jahat atau kejam pun seseorang tu pasti rasa sayang terhadap sesuatu tu ada. Aku yakin!
- Kucing pun ada hak untuk hidup, so jangan lah buat perasan sibuk sangat sampai tak peduli lansung benda macam ne.
- Berfikir dalam-dalam sebelum buat sesuatu, jangan ikut naluri dan perasaan jer tanpa guna otak. Haih!
- Buat sesuatu kena ikhlas jangan mengharapkan balasan semata. Tapi kalau nak pahala lebih tak salah kot.
- Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
- Doa, Usaha then baru tawakkal kalau berkehendakkan sesuatu, InsyaAllah ada jalan.
- Tak kisah lah jantina kau, pangkat kau, sifat kau kalau benda tu baik dan kau rasa betul then go for it!
- Don’t Judge a book by its cover.
- Abaikan pandangan negative masyarakat.
- Sayang kucing, cinta kucing dan jadilah kucing (Dah tak ada point)
PS Teringat kisah junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW yang sanggup potong
lengan jubah baginda sebab tak mau kacau Mueeza kucing kesayangan baginda yang
sedang nyenyak tidur di atas jubah tersebut. Indah sungguh pekerti Rasulullah. :)
PS 1 Memori masa sekolah rendah (Darjah 1), Dileter satu hari satu
malam oleh mak coz bawak pulang anak kucing yang dijumpa di tengah jalan. My 1st
cat ever COMEL.
PS Mana hero yang nak selamatkan
aku pulak. Aku pun tengah susah ne. (bunyi macam gersang pulak) kah3x.. Hero
ada dimana-mana!

0 comments:
Post a Comment