Demam PRU. Macam-macam jenis gelagat kita
boleh tengok. Ahad ne dah nak ngundi. Tak sabarnya. Maklumlah first time.
Dupdapdupdap.. mengalahkan orang nak menikah la pulak. Amboi. Orang sekeliling
aku dah mula sensitive bila dengar perkataan ‘pilih’. Kalau dengar perkataan
‘ubah’ bukan takat sensitive, terus sentap. Kekeke..
‘saya pilih mengundi... undi apa? Rahsia’.
Bullshit. Dah terang lagi bersuluh bulan purnama nak rahsia-rahsia lagi konon.
Kemonlah Malaysian. Jangan jadi budak-budak tak matang berbeza pendapat tu
perkara biasa. Tak kan sebab perbezaan ideology kita nak bertekak bermusuhan
macam orang tak ada agama. Ayat kebiasaan bagi ‘wira’. Oh please..
Aku malas nak cerita lebih. Sebab
masing-masing ada buah fikiran sendiri. Umur dah 21 dan keatas kot. Tak cukup
matang lagi nak wat pilihan? Pro kerajaan ker, pro pembangkang ker atas pagar
sekalipun semua ada point masing-masing. Yang penting aku undi atas dasar calon
tu boleh buat kerja atau tidak. Aku non partisan ok. Eh?
Kita hidup dizaman fitnah ne, macam-macam
boleh.Apa-apa info yang kita dapat kaji selidik baru sebar. Kalau aku makan
sendiri. Banyak benda kita yakin kita betul, tapi tak semestinya kita betul.
Serious susah. So, aku sarankan pada pengundi baru (khususnya pada diri aku
sendiri) buatlah solat sunat istikharah dulu dan amalkan adap-adap mengundi
yang boleh korang ‘yahoo’ search sebelum nak mengundi keesokan harinya. Tak
rugi pun buat. Jangan main-main dengan isu memilih pemimpin ne. Kalau salah
pilih, bukan setakat dunia (ekonomi, pembangunan komuniti, sahsiah), akhirat
(dosa subahat, aniaya, khianat) pun korang tanggung akibatnya. So beware.
Akhir kata. Macam nak nyanyi lak. “Jom kita
mengundi.. jom kita mengundi..” ni lagu raya ka? Ehehe. Kuasa ditangan anda.
P/s Sebenarnya ada benda yang lebih
merunsingkan aku. Isu ‘pilih’ jugak. Sampai sekarang takut nak buat keputusan.

0 comments:
Post a Comment