Tuesday, July 16, 2013

Cuba Cuba Cuba Jaya



(Sebut ‘C’ bukan ‘Q’, Sila common sense boleh?, Napa senyap jer? Ok aku anggap sebagai boleh)

Cuba Cuba Cuba Jaya
Makin ku cuba makin tak tentu hala
Bertambah orang yang dipersalah
Bertambahlah juga dosa? Oh!

Cuba Cuba Cuba Jaya
Makin ku tentang makin sehala
Bertambah lagi nista dan marah
Bertambah juga pahala dia? (Oh!)

Cuba Cuba Cuba Jaya
Makin ku lemah dan tak berdaya
Makin bersorak dia ketawa
Patutkah aku berputus asa? Oh!

Cuba Cuba Cuba Jaya
Kaedah dalam matematika
Tatacara hidup manakan sama
Patutkah aku berhenti mencuba? Oh!

Cuba Cuba Cuba Jaya
Sampai waktu tibalah masa
Tiada lagi daya upaya
Kembali bertemu yang Maha Kuasa

Penegasan ayat cuba yang berkali-kali. Rasa annoying kan? Macam hiduplah, kita buat benda yang sama hari-hari mesti rasa sangat bosan. Aku ulangi tersangat-sangatlah bosan (Tatabahasa salah jangan ikut).

Aku dalam bab nasihat orang ne aku lemah. Takut menyinggung perasaan mungkin. Takut!, biarpun untuk kebaikan. That’s y aku lebih suka menulis dari bercakap. Rasa macam kita luah sesuatu yang kita ‘takut’ sangat untuk luah secara depan dan nyata. (Macam mengutuk dari belakang pun ada kan? Hipokrit!)

OK sambung balik. Bila kita ada cita-cita/target/impian etc. semestinya kita akan cuba untuk capai ia. Akan buat dan cuba apa saja (baca: terlalu/tersangat ingin). Macam mana pun ujian rintangan cobaan kekangan mahupun cabaran, we will try our best to do so. Walaupun kita cuba dengan cara yang salah. Walaupun sampai berdarah bernanah sekalipun kita masih cuba. Tak kira kita luka atau luka orang sekeliling kita, Kita masih terus cuba dan cuba. Tapi titik jaya tak nampak pun titik mula dimana. Penat. Putus asa. Kecewa. Langkah baru/target baru dicorak dimula. Cuba-cuba terus cuba.Apa hasilnya? Masih sama.

Sampai satu saat. Rasa diri tak berguna. Tak punya apa-apa. Kosong Kosong Kosong..
Baru lah belajar nak menggali mana silapnya. Selalu salahkan orang lain rupanya sendiri punya angkara. Aku pernah baca tak tahu di mana. “Gunalah cermin cari salah, guna teleskop tak nampak apa” in English tapi aku translate lebih kurang. Boleh? Bolehlah.

Hei jangan lupa, orang yang berjaya selalunya orang yang berkali-kali gagal sebelumnya. Lumrahlah. Nikmat atau musibat? Bersangka baiklah dengan Allah. Pasti ada hikmah atas segala. Cuba Cuba Cuba Jaya. Tiada yang salah untuk bercita-cita. Cubalah! Pasti berjaya didunia dan diakhirat~InsyaAllah. (Ingat: Dunia sementara akhirat kekal selamanya) selamat mencuba :)
.  
End.

Update 23/07/13 -p/s baru jumpa baca kat mana.
" When looking for faults, use a mirror, not a telescope"-Shazly Khan

0 comments:

Post a Comment