Tuesday, October 29, 2013

Rintik Rintih Sang Hujan


(Aku tertarik dengan tulisan- tulisan tentang hati dan perasaan. So dengan ini aku isytiharkan aku seorang yang agak jiwa sikit. Atau kata lainnya, memang jiwang la. Hey tapi aku benci mat bunga. Sekian. Puih~)

Ku mohon berikan semula kunci itu
Jangan simpan jika kau tak perlu

Ku mohon segera putuskan tali itu
Jangan biar ku terikat disitu

Ku mohon agar kau tolak ku jatuh
Biar kembali ku jejak bumiku

Ku mohon untuk percepatkan waktu
Agar bayangmu hanya sekilas lalu

Ku mohon lumpuhkan ingatanku
Agar hilang memori kau dan aku

Ku mohon seikhlas hatiku
Biar pergimu tak sebut namaku

Hanya ini cara buatku
Tuk cuba lari dari hatimu

Tahulah kan bulan-bulan akhir tahun camni, cuaca pun tak menentu. Macam hati aku jugaklah, sampai kadang tak larat nak kawal dah. Hujan for sure lah kerap kali kan. Hah tu yang naluri romantik mudah tercuit tu. Melayang bersama rintik hujan. Sedar-sedar dah ‘ter’taip benda alah ne. Aku pun tak tahulah kenapa. Pendek kata, aku suka hujan biarpun kadang ianya terasa menyeksakan. Macam lagu hafiz Bahagiamu deritaku tu lah, yang memang takda kena mengena pun dengan cerita aku ne. Apa aku meraban ne. puih..puih..puih..

Bagi aku lah kan, hujan buat aku rasa tenang. Hilangkan rasa baran, diganti rasa senang. Buang kecelaruan fikiran, dari bermimpi di hari siang. Tajamkan akal fikiran, baik buruk adil ditimbang. Perasaan sedih ketepikan, kerna bahagia akan datang. Hukum Tuhan diabai jangan, hukum alam sama dikenang. “Allahumma soiban naafi’an” bacalah kala hujan mula bergenang.

Nak bagitau doa dihari hujan ni hah, sampai berkilometer aku melencong. Faham dak?. Ma makna, “ya Allah, may it be a beneficial rainy cloud”. Korang dok hafal lirik lagu k-pop panjang-panjang, tak kan doa senafas ne payah benar hotak hangpa semua nak hadamkan?.

Hujan itu rahmat. Allah turunkannya sebagai nikmat, tetapi selalu di salah anggap musibat. Ya mungkin, bila turunnya menyerupai taufan, bala mahupun bencana yang maha hebat. Tapi terkadang hadirnya tetap bermanfaat. Kerana setiap kejadian adanya A’fiat, yang terselindung hikmat.

Pernah terfikir tak mungkin ia suatu cara penghapusan dosa. Bayangkan, bila titis hujan yang membasahi tubuh secara tak lansung sucikan diri dari kotoran (Ada tak orang akan rasa akidah aku di tahap bahaya bila aku tulis begini? Ada tak?). Cuba cari makna tersembunyi. Jangan tafsir ikut sedap hati.

Aku memang payah kalau dah masuk bab penerangan. So, sebelum penulisan aku makin meleret. Aku simpulkan kaitan puisi dengan cerita. Aku suka hujan. The end.

PS 1 Tahu tak orang slow tak kan faham aku tulis apa? Aku tahu korang tak slow. Takkan? Tahu dah, aku memang genius!

PS 2 Aku dan jiwang berpisah tiada, lebih kurang kaitan hujan dengan ujian lah tu. Kaitan cerita tak menentu aku ne dengan cuaca sekarang pun boleh. #ifunoewataimin

PS 3 Ada perkara yang kita tak perlu persoalkan kenapa. Because everything happens come with a reason. Don’t u think so?

PS 4 Baru dapat khabar, cikgu sekolah rendah aku dulu kini sedang berjuang menentang kanser tahap 3 yang baru dikesannya. Cikgu yang sangat aktif. Cikgu ne la yang banyak ajar aku tentang dunia puisi. Mentor yang ajar aku cara melagukan syair dengan betul. Sempat jadi wakil di peringkat bahagian dalam pertandingan mendeklamasikan sajak peringkat sekolah rendah di bawah didikannya. Walau tak menang apa-apa tetap kenangan bermakna. Banyak jasa cikgu pada aku. Ya Allah, kuatkan dia menghadapi ujianMu. Tabahkan hatinya, teguhkan imannya. Kasihi dia dalam rahmatMu. Amin ya Rabbal alamin. 


0 comments:

Post a Comment