(Puisi ini adalah jawapan kepada 'nota' tanpa
nama di atas meja – sila hadam perlahan-lahan kepada ms/mr/mrs ‘no attantion’)
Mendongak ke langit
Katanya sombong meninggi diri
Menunduk ke bumi
Katanya bodoh membuta tuli
Kembali ku menoleh ke belakang
Katanya barang yang lepas jangan dikenang
Pantas pula ku berpaling ke hadapan
Katanya hidup jangan seperti kacang
Arah kiri juga arah kanan
Kau keluarkan kata tentang
Timur Barat Utara Selatan
Walau sesaat kau masih tak tenang
Bila kebaikan aku lakukan
Katanya munafik bertopengkan syaitan
Bila keburukan yang aku hidang
Katanya tengok dah pecah tembelang
Mengkritik memang aku lantang
Tapi bukan cakap belakang
Ceritamu tak terfikir untuk ku canang
Namun selamba kau main wayang
Apa lagi kemahuan untuk aku turutkan?
Apa lagi kesalahan yang tak engkau senangkan?
Jari tunjuk mana lagi yang belum diarahkan?
Sisa tubuh mana lagi yang belum kau patahkan?
Kata penat sudah bosan mulut ini luahkan
Kata maki kalaulah halal untuk aku sebutkan
Tersurat dan tersirat semua dah ditayangkan
Ah sudah!!. biar aku persetankan.
Mya ali_06/09/13_03.41p.m
ps 1
Terima kasih sebab beri aku emosi yang seterusnya mencetus idea tuk karang
puisi ini (kononnya) tapi aku ikhlas ucap thanks ne. Serious ikhlas!
Ps 2
Tajuk asal puisi ‘Tanpa Nama’, tukar sebab rasa tak glamour lak.. (sendiri
menyampah baca point ne~ euw)
Ps 3
There is no such thing as a coincidence in this world, there is only
inevitable_ Yuuko Ichihara (xxxholic) – tak da kena-mengena sesaja tuk cukupkan
200 patah perkataan. Fuh..

0 comments:
Post a Comment