Monday, August 26, 2013

Dua Hari Di Hari Raya

(Aku cuba selami penderitaan Palestin, Mesir dan Syria dengan ujian yang aku alami ini. Tapi bila fikir-fikir balik, hoi kau tak layak lansung la der nak banding-banding segala.. wohoi sentap~)

Syawal tahun ni dah nak sampai di penghujungnya. Puasa enam dah setel? Ala sunat jer pun kan.. Puasa Ramadhan ne dah ganti? Ok awal lagi~ umur panjang lagi, Aku tahu bila aku nak mati, bla bla bla bla bla bla.. Dush! penumbuk sebijik. Titik.

Aku ada hal lain nak story sebenarnya. Rentetan peristiwa dia macam ne.. (Macam cerpen panjang keh3x..)

14/08/2013 raya ke-7
Sampai jua waktu yang dinanti (ditakuti), hari esok lagi berapi. Mungkin seperti cili cecah kuah kari. Maka berangkatlah tuan puteri, diiringi pengawal peribadi, lantas melapor diri, dah mengarut!. Ok tarikh ni, aku gi hospital tuk daftar masuk wad sebab esoknya nak operate (Minor Surgery). Pagi-pagi tu aku memang dah packing siap kelengkapan yang perlu dibawa, macam nak camping jer perasaan. Dah salam mak dan lambai anak buah, abang aku tolong angkat barang dan hantar aku direct g hospital. Then nurse berkaitan (aku tak tahu nama, tak sempat nak beramah mesra) tunjukkan aku wad aku dan katil aku. Aku bersama-sama seorang patient lain (aku difahamkan dia penghidap breast kanser tahap 2, doakan dia tabah menghadapi ujian) ditempatkan di wad pembedahan perempuan kelas 3. Aku dok katil nombor 4 (Fahaman cina kata ni number sueh “mati”) manakala dia di katil 28.

Then aku duduk menunggu di kerusi sebelah katil tu, takkan la aku nak terus baring macam orang sakit kan. Aku mula memerhati keadaan sekeliling lihat kesibukan penghuni wad, nurse-nurse mundar mandir, ke hulu ke hilir. Pesakit ada yang terlelap, terlentang menangis mengeluh. Di setiap ruang terisi, ramainya manusia yang sakit.
Setiap ruang (bilik) ada 4 katil (4 patient), 1 tandas dan 1 singki. Aku senyum, puas hati dengan fasiliti yang ada walaupun duduk di kelas 3 sahaja. Baru 10 minit, kebosanan mula melanda. Hey takkan takda nurse yang nak bertegur sapa, mungkin keadaan aku yang nampak sangat sihat tika itu buat diaorang fikir aku mungkin hanya seorang pelawat.

20 minit setelah itu aku didatangi seorang doctor berpakaian selamba lengkap dengan statescope dan peralatannya. Sambil menanyakan beberapa soalan dia menanda kertas ditangannya, lepas tu aku menurunkan tanda-tanganku pada kertas berkenaan. “Ok dik, nak cucuk salur darah jap ek” pintanya lalu ku hulurkan tangan kiriku. 3 kali cucuk weh tak dapat-dapat salur darah kite.. hamboi~ akhirnya berhasil jugak, menempel la sebijik tiub kecik (tak tahu nama) dipergelangan tangan yang akan setia menemani sampai aku discharge kelak. Tangan kanan pula diletak tag nama. Lepas tu barulah berpusu-pusu nurse temu-ramah aku tanya itu tanya ini, lah tadi dibiar jer. Aku dipinta menyalin pakaian rasmi wad yang berwarna hijau kodok euw.

Hari yang berlalu terasa amat panjang, setiap 3 jam suhu badan dan tekanan darah diambil. Makan tak lalu, nak buat apa tak mahu. Duduk termenung fikir nasib diri. Benarlah orang kata, walaupun kita sihat bila dok hospital auto kita akan rasa sakit. Datang pulak unit bius untuk memberi sedikit info berkenaan pembedahan esok. “Sepanjang pembedahan esok kamu tidak akan sedar ok, tak rasa sakit pun, sebijik tiub akan dimasukkan ke dalam tekak untuk bantuan pernafasan. Kesannya, kamu akan loya, muntah malah boleh batuk berdarah dan demam selepas pembedahan.” Ngeri~ Tabahlah wahai hati. Then baru dia tanya, ada demam, batuk dan selsema tak. Aku hanya mengangguk, dah 5 hari aku batuk dan selsema, mana tak, segala jenis makanan dan minuman aku sumbat. Beraya sakan la katakan.

Doktor check tekak aku, la merah dah. Macam ne mana leh operate esok, takut tiub pernafasan yang dimasukkan tersumbat dek mukus dan kahak. Bila aku tak boleh bernafas kang sangat berisiko, tak pasal-pasal kena masuk ICU. Cancel operate esok. Aku terkejutlah, ker lega? Hah sampai dah klimaks cerita aku. Doktor kata aku leh discharge tapi esok kena datang lagi ambik tarikh bedah baru. Aku mengeluh. Penat! Berapa banyak kali lagi aku kena ambik MC, kerja opis bertimbun tak boleh focus. Dah lah temujanji sebelum ne wat aku muak. Dah siap cucuk2 tangan aku. Salah aku  sendiri pun, tahu nak operate tak jaga kesihatan. Padan muka!.

Waktu call abang suh datang ambik, tiba-tiba jer ramai doctor datang tempat aku. Apa kes pulak ne? Diaorang dok bincang sesama sendiri, aku mengangguk-angguk konon mengerti. Lepas tu bagi aku option, boleh teruskan pembedahan tapi bukan bius penuh, hanya bius ditempat nak bedah. Means, aku akan sedar boleh dengar diaorang cakap semua time aku dibedah. Doctor kata tak rasa sakit pun sakit masa nak cucuk bius saja, tapi aku kena psycho lebih la. Semangat kena kuat, tak fikir bukan-bukan masa operate tu. Mula-mula aku seram sejuk. Tapi bila fikir balik, kalau aku cancel operate esok sampai kesudah benda ne tak setel. Aku penat ulang alik gi hospital ne. Nak tambah berapa episode lagi? Tak larat aku. Aku buat keputusan. Ok. Buat cara inilah. So aku tak jadi discharge hari tu dan pembedahan hari esoknya akan tetap berjalan.    
Malamnya, balik jer keluarga aku, tinggal aku sendiri. Aku start boring balik. Tidur pun tak boleh, terbayang-bayang macam mana agaknya aku esok. Perghhh seram!. Nurse pesan kat aku start jam 2 pagi ne kena puasa dah. Eh doctor pesan tadi tak payah puasa pun, bukan bius penuh pun. Dia check laporan kesihatan aku, ow yup.. Tak perlu. Ntah jam berapa baru aku lena.

15/08/2013 raya ke-8
Aku bangun pagi macam biasa, 4.30 pagi. Mandi then bersiap solat subuh. Marking tempat nak bedah sikit terhapus dek air. Aku gelak, betul-betul aku buat wad ne macam dirumah. Aku tanya nurse bila aku operate, dia kata pagi, tapi tak tahu lagi, tunggu dewan bedah panggil. Aku tak tahu nak buat apa dah, so aku jalan-jalan keliling wad, aku menemuh-ramah patient bak reporter tak terlatih. Macam-macam sakit ada apendiks, diabetes, cancer, buasir (hemoroid), kes macam aku pun ada tumor benign jer tapi lain-lain tempat macam kat leher, bahu, telinga, dada, breast (fibroadenoma) dan etc. Aku tertarik dengan satu patient nama nurul, kecik lagi dah diuji macam ne. Umur 2 tahun, usus dia teralih dari tempat yang sepatutnya, so kena bedah betulkan balik. Doctor suh puasa walaupun dah bedah sebab dia asyik muntah, apalah budak tu nak faham, bangun-bangun jer mesti nangis nak susu. Mak dia pun tak leh wat apa dah, so berkali-kalilah bagi dia ubat tidur.. Bertahan dik!

Jam 8.00 pagi aku tengok kak katil 28 dah dibawa ke dewan bedah, aku pulak yang nervous tak sudah. Tak lama kemudian, nurse datang bawak baju colour putih (baju bedah) suh aku ganti la tu jugak. Eh sampai giliran aku dah ker? Tengah harinya akak aku dan 2 cousin tersayang mai melawat aku, ketawa tak hengat.. Orang sekeliling duk tengok sambil aku translate pandangan diaorang kononnya “amboi suka, tengok nanti lepas bedah boleh tak ketawa cam ne.” Sangka buruk tak sudah aku ne. heh~ belum habis waktu melawat, lebih kurang jam 2.00 petang, datang sekumpulan nurse bawak troli menuju katil aku.. Oh no... Turn aku dah tiba. “Sis boleh tak aku jalan sendiri” Ketawa jer diaorang sambil suh aku baring di troli tu.. Dah say bubai kat akak, aku disorong pergi. Allah jer tahu perasaan aku waktu tu. Degup jantung aku tak payah cerita.

Jauh sungguh perjalanan di rasa. Naik turun lif, jalan lurus, belok kanan kiri sampai di luar dewan bedah. Sejuk. Tunggu staffs prepare itu ini, tunjuk borang yang aku sign tu tuk kepastian, tukar troli dan selimut. Done, boleh masuk. Semakin sejuk. Semua jenis doa yang ku hafal laju saja meniti bibir. Masa la ni baru nak ingat Tuhan yer. Masuk jer, dengar radio terpasang agak jelas. Untuk bantu kawal emosi mungkin. Doktor bedah perkenalkan diri, ada 6 orang staf untuk membantu dan seorang doctor pelatih.
Aku cuba tarik nafas dalam-dalam lantas mengawal perasaan, aku angguk tanda ready. Lagu demi lovato heart attack mengiringi. Huish. Semua alatan berkaitan dipasang. Postur tubuh yang aku selesa ditetapkan. Alat pemanas diselit dibawah selimut berdekatan kaki. Aku tanya doctor, berapa lama untuk selesai pembedahan ne. Dia kata tak tentu, tengok ketahanan badan aku dan komplikasi-komplikasi yang mungkin. Then he just said, about 30-50 minutes maybe. Selamba aku kata, oh tak lama mana. Doctor ketawa. Lepas cucuk bius, dia start nak cut kulit tu, aku dengar bunyi zzzztt. Aku terus sound kata aku rasa la. Then, cucuk bius sekali lagi.

Sepanjang bedah tu, ok la enjoy sebab doctor banyak cakap dan kelakar, dengan staff yang tak diragui kemahiran mereka bekerja. Siap ada sesi soal menyoal. Teka lagu yang tengah main kat radio. Waktu lagu mirror aku selamba sebut nama justin timberlake, then doctor reply tau dak dia ne gay.. Haha, aku kata mana aku tahu bukan aku minat pun. Doc tanya balik habis tu minat apa. Sekali lagi aku merepek kata aku minat kpop. Ntah bila tah. Berhambur ketawa di bilik bedah tu. Aku ni tengah operate ker apa, macam main-main jer. Dah la aku tetiba banyak karenah, tak malu tanya ini itu, sakit sikit mengadu sampai 3 kali cucuk bius. Masa nak jahit tu doc siap gi tunjuk benang yang dia guna siap sebut harga dia.. Pffttt..  

Selesai, diaorang alihkan aku ke troli balik, prepare nak keluar dewan bedah. Doktor tanya MC seminggu cukup. Aku kata nak sebulan. Hamboi~ Ketawa tak sudah.  Aku dimaklumkan ketulan yang dah dikeluarkan akan dihantar ke makmal untuk kajian lanjut. Perjalanan balik ke katil sangat-sangat melegakan. Macam tak percaya aku dah melaluinya. Syukur sangat ianya tak seteruk yang difikirkan. Sampai dekat katil aku bangun sendiri berjalan gapai slipper tepi katil. Nurse menggeleng. Bius tak hilang lagi jadi tak rasa sakit, Tapi aku dapat rasa darah masih mengalir. Ok jangan banyak gerak kang jahitan terbukak pulak.

Aku tak terus baring aku just duduk di kerusi. Lepas tu, aku didatangi nurse dan doctor nak ambil tekanan darah dan suhu semula. Then, check luka jahitan. Orait. Melihat keadaan aku yang nampak sihat sejahtera hendaknya, doc bagitau berita yang menggembirakan, aku boleh discharge petang tu juga. Horaayyy! Aku sms family dan kawan-kawan yang berkenaan. Semua pakat-pakat reply cepatnya. Ada yang baru rancang nak lawat aku malam tu. Hampa kononnya. Apa da, macam tak suka jer aku sihat cepat. Urus daftar keluar. Dapat ubat berkaitan, bayar bill, salin baju tapi memang aku taknak jeling lansung luka bedah, kang pengsan di bilik air tu jugak tak ke naya. Kemas apa yang patut then tepat pukul 5 petang dah boleh balik rumah rehat puas-puas. Seminggu jer pun.

End
Ps Aku rasa pengalaman ne sungguh bermakna. Baru jer nak anggap ianya ujian sedangkan ianya nikmat anugerah. Allah maha mengetahui.

Ps 1 Ada hikmah jugak aku batuk dan selsema, kalau tak lagi payah, lambat sembuh lambat balik rumah (effect lepas bedah bius penuh)


Ps 2 Boleh pulak salah sms orang waktu nak discharge. Buat malu jer woi. 

0 comments:

Post a Comment